Jan 31, 2021
SCAMMER SINDIKET PELACURAN⁉️????
=================================
YE!!! Mereka lah yang menggunakan akaun saya untuk menipu lelaki2 hidung belang diluar sana... Dan lelaki2 hidung belang yang telah ditipu inilah yang report bank saya sbb diorang tak dapat amoi yang dijanjikan..
Untuk akaun cimb lelaki hidung belang dari sabah ditipu rm200.., dah deal janji jumpa dihotel tapi batang hidung amoi langsung tak nampak sampai pengurus hotel datang tanye dia tunggu siapa barulah dia tahu dia tipu..
Habis akaun cimb saya dibekukan.., dahla akaun cimb ni saya gunakan untuk semua urusan termasuk bantuan2 dari kerajaan.. tahukan apa jadi kalau akaun tu tak aktif.! Duit kwsp dalam tu pun saya tak sempat guna sekupang pun!
Untuk akaun public pula pihak bank rahsiakan siapa lelaki hidung belang tu..
Akaun maybank pulak lelaki hidung belang tu whatapps saya menyamar jadi polis dan cakap bekukan akaun.., tapi bila pergi balai, polis cakap dia pun scammerr..
Dan hari ini seorang lagi lelaki hidung belang whatapps saya cakap dia ditipu, dah bayar duit tapi amoi tak dapat... Yang pelik resit 17hb , baru hari ni dia nak bukak kes pulak????
Kesimpulannye kesemua mereka yg ditipu ini ialah lelaki2 hidung belang yang dah bank in duit tapi tak dapat amoi... Dan mereka semua adalah lelaki melayu..
MACAM MANA TU????????
====================
Lelaki hidung belang kautim dengan scammer pelacuran.., scammer suruh bank in akaun saya.., lepas bank in scammer minta bukti resit. Dapat bukti resit scammer block sihidung belang.., Scammer bagi resit pada agent topup.., agent topup send resit pada kami untuk beli topup game.. begitulah lebih kurang.. sebab masih dalam siasatan..
Bak kata sjn bah. jenayah komersial.. penipuan 3 segi..
Memang dah ada 2.3 aduan tentang penipuan topup game katanye..
Kesian kan kami peniaga2 topup ni.. semua Semua orang pun tahukan, untung jual topup macam mana..sen2 je.
Jadi saya merayu.., tolong jangan guna akaun saya untuk buat sebarang penipuan????????????
Untuk customer2 pulak kat sini saya nak bagitau akaun2 yang bernama Siti Hasnita, Relax D Orange & D Manjoi topup.. adalah akaun2 untuk bisnes topup/topup game online sahaja!! Selain dari itu adalah penipuan dan bukan kami!!
Disini saya sertakan bukti chat dengan lelaki hidung belang yg whatsapp saya tadi dan yg menyamar jadi polis.. yang sabah tu sbb terus call jadi takde bukti..nak rakam perbualan pun lupa..katanye nak tarik report tapi sampai skrng senyap..call pun tak dijawab..